Showing posts with label EVITA PEONY talks. Show all posts
Showing posts with label EVITA PEONY talks. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

Ya Allah Ya Tuhanku......tolonglah bawa puaka ini jauh dari hidupku
  • Tak nak buat sudah, buat apa ngungkit? Nanti tak dapat pahala-- eh silap kau paham ke nikmat dirahmati dan disayangi. patutla datang sini sorang2 takde kawan rupanya. dah klu pangai lagu tuu
  • Tak dinafikan kamu tu pandai tapi ekau paham ke how things work around here. lain padang lain belalang. dok bangga sangat perihal kejayaan sendiri tu watpe? tak inspired.....aspirated adalah
  • Yang aku xle blah tuuu ada hati mencelakan aku tengah2 exam. Nak dengki tu berpada2 la weyhh. Aku insan hina tapi perlulah ko magnify kuman seberang laut tapi mak beruang depan mata ko tak nampak. 
Semoga di masa hadapan aku tak jadi cam baghal...amin.
Peringatan untuk semua-- tak kiralah berjaya tinggi mana pun janganlah hidup nak tongkat langit, hidung nak tinggi je (ikut standard sendiri katanya....puihhh). Kalau kita ada belas ihsan ngan orang sekeliling, IKHLAS, bersikap adil (sebenarnya nak cakap jangan double standard...xpaham jugak? jangan pilih kasih) dan berhati2 dalam percakapan semua orang sayang. In fact people will root for you. 

*haaa aku follo twitter diva AA sebab ketandusan vocab nak choy-kan orang* resourceful kan

Lots of love (xpernah kurang okay)
EVITA PEONY

Saturday, October 6, 2012

kahakkan aje

Tekanan perasaan kalau kamu tu niat nak beri yang terbaik tapi kalau dah memang perfectionist lidah bercabang+ cekap cari kesalahan.
  • Mula2 sampai cakap tak kisah la hangpa nk blajaq apa pun (i'm here for you).
  • Minggu ke-5 kamu ni penipu. saya rasa teraniaya dan tidak dihormati dengan cara awak yg pandai2 tukar jadual.awat habiskan seminar awal2. La ni hangpa nk buat apa *bebelan itu pun berlarutan selama 2jam*
  • Minggu ke-6 mmg elok sgtla kita dah habis semua seminar. La ni kita fokus pembelajaran tepi katil ja.
I QUIT!! from entertaining your obnoxious behaviour
not dedicating any song coz you're not worth it
recycle pic coz i'm awesome & surrounded with awesome friend

Wednesday, February 15, 2012

foretell sincerity

sincerity shows on your tone and choices of word
i mean geez where have you been all this while? the jungle or Hitler era?
when others wrong, doesnt make it legal for you to shout or accuse
is there any substance of sincerity in what you've said. seems like territorial behavior to me
there's a fine line that will differentiate between righteous or you're just simply fuglySemua orang boleh marah cuma pilihan kata-kata membezakan orang yang beriman dan yang tidak/krg beriman
if saying nice/ beneficial thing is not your cuppa tea

Tuesday, November 8, 2011

penyelesaian kepada lebuhraya yang tak siap2

Tengah2 tulis case write up uterine fibroid ada hati kau membebel di sini. Yelah, laluan keretapi merentas Eropah dah lama siap.Siap dengan jayanya, keretapi pulak selesa. Dang....ada highway lagi,arrghh histeria lebuhraya pantai timur pending. Menurut seorang surgeon yang kutuk i naik keretapi Wakaf Baru-Kuala Lumpur....keselesaan keretapi di UK boleh diibaratkan aliran air kencing yang lurus...xde overshoot.

Dek kerana rindukan keluarga yang jauh dimata namun dekat dihati berangan2lah cik eva kot2terjumpa doraemon dalam mimpi boleh tolong siapkan cwu uterine fibroid (tgal bahagian discussion sajork). Lepas tu nak minta pinjam pintu ke mana sahaja. Nak balik kampung jap cubit2 pipi adik. Makan kenduri ayah long sat....tapau gulai kambing. Nanti kita pegi lecture pukul 7 am. Deal??

oklah, kalau takut teralit di rumah apa kata kita naik je kereta back to the future. gerenti sempat pegi kelas dr.hamidah

Bas? nate gapo tu? hatta tiket kapal terbang pun tak payah fikir

Monday, October 31, 2011

selipar gua sape tahu

"Sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang asal. Apatah lagi jika sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin. Tidak masuk akal sama sekali bagaimana PBB boleh membahagi-bahagikan tanah rakyat Palestin kepada bangsa Israel yang langsung tidak berhak ke atas tanah tersebut..."
Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa dikunjungi oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat Menteri Besar Kelantan pada 28 April 2011.
haaa ni eva nak citer pasal perkhidmatan bas ekspress. naik bas Transnasional ke Changlun ok. adalah sesekali terbau asap rokok tapi eva wat cool je tutup hidung ngan hood sweater. overall pemandunya bagus berbudi bahasa. minta turun depan T hotel dia cakap xboleh janjilah sebab petang2 ni jalan sibuk, takut susah nak berhenti. i sabar jelah jalan kaki sikit pergi hotel sebab hotel tu rupa2nya 500m je dari tempat bas berhenti.

bila naik bas dari negeri sendiri nak balik ke klang lain pulak ceritanya. my mom (paham2 jela mak yang concern akan anaknya travel sendirian jauh2) telah menegur driver berkenaan:
  • pakailah kasut xsesuai drive pakai selipar
  • muda2 sangat ni bawa bas laju x? memang selalu drive g KL ke?
  • jangan hisap rokok ye anak saya duk tingkat bawah xtahan bau rokok (kat tingkat bawah aku dan satu pasangan warga emas...agak2nye mana satu anak auntie ittew?)
Bila eva dah naik bas mereka mengutuk my mom, saja sebut kuat2 sebab mak aku sebut aku dok tingkat bawah.
  • muda2 pun dah ronda satu malaysia
  • kalau tak yakin naik bas lain lah. naik bas Sani
  • tiru2 mak aku cakap....jangan hisap rokok tau. pompuan kaunter: haaa ko jgn isap rokok ye mamat *aku xtau apa tujuan pompuan kaunter muncul di situ and oo baru ku tahu ada orang mmg minat jadi perokok pasif
Dia tau aku dengar dan agaknya mereka(pompuan kaunter tiket, 2 pemandu) puas hati........ gua memang SENTAP. Bersalahkah aku tidak mempertahankan ibu sendiri dikala dia dikutuk oleh budak2 yang macam baghal? Rasanya tindakan holding it in lebih baik. Kenapa? Layan orang b0d0h kamu akan jadi bodoh maaa. Ku gagahi juga perjalanan supaya dapat hadir kelas pukul 7am......ka-ching, ramai tak datang dahhh kne bannned.

Dahla kene kutuk...Eva tersilap seat pulak. Oh no..malu. Nasib baek uncle tu cool je. Baru sedar...minta tiket single seat tapi dapat double seat?? Kamu tak faham cakap melayu? kamu mahu saya guna istilah perubatan seperti singleton fetus in longitudinal lie?

Di dalam perjalanan (a hellish one actly) berlaku 2 insiden
-->tiba2 pemandu pulak batuk kuat tak berhenti
Pemandu 1: Isy kenapa ak batuk sgt ni
hati nurani Eva berkata- duk isap rokok tak hengat mati, wat2 heran lak bila batuk sket. Eva tunggu je mamat tu on LTOT lepas tu aku tutup oksigen. Apologize to my mother!!!

-->Tengah syiok tido tiba2 bas termasuk ke haluan lain.
Pemandu 1: Aku langgar apa eyh?
Pemandu 2: indistinctive chat
hati nurani Eva berkata- padan muka nko dah kene tulah mak aku. Bila terfikir kalau mati tadi emmmm takut.....amal tak cukup. Ntah berapa kerat je solat yang diterima Allah.

Eva perasan di negeri sendiri mengadu=cari gaduh. Orang2 negeri Eva memang burok perangai. Kaloh bola baloh. Tegur tandas kotor (kita dah bayar kan)...dapat jawapan kalau kotor jangan masuk. Frasa seperti cari bas lain... memang jawapan skema mereka. If you cant stand corrected I will boycott you. My mom didnt use vulgar words...even if you think she's wrong I would say she's right coz is CUSTOMER ALWAYS RIGHT. Sebagai pelanggan yang berdaulat kamu dah mengambil sebelah selipar saya. 

Dah serik naik bas walaupun syarikat bas lain....risiko jadi perokok pasif, tak dapat mengawal stereng di tangan sendiri. Rugi pulak kalau tak balik raya haji. Patutkah saya tangkap junior sekampung dan paksa mereka car pooling ;)

Monday, September 12, 2011

Etika berjiran: Jiran Belah Kanan yang Problem

Peraturan 1: territorial behavior, hartaku bukan hartamu
Jaga keliling rumah anda. Jangan ada sampah pun yang terbang masuk kawasan orang lain. Tak macam orang sebelah ni, anak dia yang main mercun bawang sampah2 nye dilontar masuk ke kawasan rumah eva. Adik tak sekolah ye? Klu boleh nak minta sket tembok pemisah Israel tu (mudah2an rakyat Palestin diberi kemudahan). Oh ya, kalau start enjin keta xyah lama2...panas hati derr. Ekzos keta bagai disua ke sliding door. Keta buruk start sikit2 sudahla.....jalan sikit je dah panas

Peraturan 2: Bunyi bising dan privasi
Perfect neighbour for me is the people that you don't even notice their presence. Dulu adalah satu keluarga yang menyewa kat sebelah ni, mmg senyap sepi je rumah. Dengar suara pun kadang2 je. Dorang mmg ada aura baik so wpun xpenah tegur setiap kali berjumpa mata kita mesti sama2 senyum. Kes sebelum puasa lak, ada satu keluarga jenis pomprang-pomprang. I xsuka bising2 ni nanti xkhusyuk solat dok dengar cerita dalam kain....asyik gaduh je kejenya. Vulgar words uols. Kalau I ni xsabar dah lama I call child psychiatrist suruh tengok2kan anak2 depa. Hari2 kne tiaw ngan mak bapak.....surat tenant lama pun dirodoknya dalam peti surat eva. Bengangs tau tapi oklah dorang dah kne halau ngan tuan rumah sebab tak bayar sewa 3 bulan.
source: HERE

Peraturan 3: Tak tegur xpe asalkan jangan buat t@1k
rumah sebelah kiri ni nurse duk ngan adik dia. deme xpernah tegur pun tapi oklah, orang educated takdenya nak parking2 depan rumah orang. Buat hal sendiri je. Tak macam orang seberang sana tu...mentang2 tuan rumah takde kat rumah di parkingnya kereta depan rumah orang. Porch sendiri simpan wat main ragbi. 

Kelas itu bukan pada jenamanya tetapi pada perbuatannya. kalau pkai kereta mahal pun tapi suka2 parking depan rumah orang itu low class namanya. Yelah, hari ni giliran kita membebel. Kalau I berkonfrontasi ngan orang sebelah mau bergaduh jadinya

EP: eh2 kak, baru pindah sini ke?
Orang sebelah: ha'a baru pindah dik
EP: hurmm patutla saya balik penuh sampah mercun dalam pagar saya. akak tak ajar anak eyh?

I ada class tau. Hari2 minum Ribena