Friday, October 23, 2009

Tanda-tanda kematian untuk orang Islam


*diambil dari blog http://ajijoi.blogspot.com/ untuk renungan bersama
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.


Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Thursday, October 8, 2009

forensic taught me

Di forensik, banyak kes kematian mengejut yang diakibatkan oleh sakit jantung. Ada satu kes yang membuat aku insaf....seorang lelaki dalam usia 30-an jatuh di tempat kerja dan mati. Bila dilihat bentuk badannya yang athletic (ala2 US army pn ada- sgt tegap untuk seorang berbangsa asia) tidak ku sangka salur darah koronari-nya tersumbat teruk. Complete occlusion di kebanyakan artery.
*Pengajaran-beringat2 kalau nak makan, kurus/gemuk tu isu estetik jer. Sekarang aku dah x excited makan goreng pisang....

wee....forensik adalah tempat yang best untuk belajar dan networking. kalau dulu xdenye aku nak borak2 ngan orang2 dewasa (i mean aku ni kecik lg kan). semenjak berada di forensik hosp serdang beberapa kemajuan telah aku capai:
  1. kemahiran memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali
  2. dah kurang takut ngan polis-sbb tiap2 hari ada je inspektor hensem bawa body
  3. dah tak menganggap rumah mayat tu berhantu...seram sket2 adala
  4. dah pernah pegang revolver
  5. main dart
  6. pandai guna pisau ;)
  7. merasa gak pkai baju ala2...grey's anatomy
  8. belajar cara2 nk guna canon~eos 300d
  9. menjadi sebahagian daripada kemasyhuran penjenayah (dpt kes gunshot taw-i know exactly wat happen)
Berada di dalam keluarga forensik telah membuat aku menyedari potensi diri dan bertuah kerana dikelilingi orang2 hebat. sangat bersyukur dan bertuah kerana dapat berguru ngan prof.karim(pakar forensik+memasak), dr.fatimah(sup meletup) & dr.salmah(hai-o) serta sume staf forensik serdang yang sanggup melayan ke'clumsy'an aku nih. THANKS A MILLION

Di sini aku nak share gambar buat tatapan pengunjung blog ni ;;)






that's all folks~

Sunday, September 6, 2009

Jempol...on the road again

Bila rotation di jempol dah tamat aku gembira dan sedih(x sangka ni). Gembira itu harus sebab borang penilaian dah siap diisi dan bercop pegawai perubatan U41. Sedihnye pulak kerana aku dah tak boleh pegi keje dekat2 kul 8, dah tak boleh duk umah besar dan terpaksa melupakan lalulintas yang tak pernah sesak di Jempol (sesak kat bazar sket je).

Kalau di Jempol, aktiviti sosial aku memang full la~ contohnye jaga kaunter outpatient ngan k.rozzana, makan2 ngan k.rozi, dapat tembikai free dari tuan rumah, jumpa patient yang 1st class punyer peramah, mandi kat jeram dan berbuka di mesjid. Pendek kata kalau aku hidup di Jempol mental health aku memang tip top..

Berikut adalah foto2 aku ketika mentalku fit...stress level: very minimum









Sekarang dah masuk forensik serdang, aih harapanla nak cuti raya seminggu. Sekarang ni aku redha jela raya 4 hari~ nasib baek x tempah baju 7 pasang. Walau bagaimanapun, aku tahu serdang akan menjadi tempat yang menarik.

Perkara terbaik minggu ini: aku dah jadi residen serdang semula (jumpa member2 lama, boleh pegi bazar Ramadhan sri serdang, boleh pg UPM stp hari)weeee.....Gud to be back.

Monday, August 10, 2009

The Legal Escape

Yay…kembali ke klang. Stress jgak duk seminggu di Jempol. Bukan nak mencari kemewahan atau kesempurnaan tapi agak2 la kalau nak student berdikari. Ada hikmahnye perjanjian ptptn dijadualkan esok.

Aku bengangs bila:

  • hosp jempol bitau MSU tak hantar surat kepada management sana menyatakan kami 10 orang akan ke sana untuk attachment.
  • Supervisor xdak….rumah sewa lak cam umah tinggal (ayam masuk umah, air xde kt bilik air, jiran sebelah umah dak laki yang xbley blah), rumah retak, anai-anai lagi- adui kenapa lah aku tak amik gmbr umah tu yer
  • Ada sister wat t*#k ngan member aku

Ak Akhirnya banyak pengajaran yang aku belajar…off record ye. Nway sekarang aku dah kenal jalan ke kualo pilah + dapat umah baru=dah hepi da

umah sewa yg fully furnished

1st time g autopsi la katakan

yet i still miss Datin, Dr.Goon, auntie zarina and everything about IPR~ inilah wad TB

Sunday, August 9, 2009

Hari 1 di wad (sebahagian tanggapan)

Situasi 1

D: kenapa awak kat sini?

Me: attachment

D: Yela klu baru 3rd year kenapa dtg sini? Tempat ni kan untuk spesific case. Sepatutnya awak pegi GH.

Me: Umm..(dalam hati~well i dont have chance to choose either)

Member: Tak DR..management yang hantar kami ke sini.


Situasi 2

D: Awak tau ke apa yang saya buat ni?

Me: Umm...(dalam hati~ obviously saya nampak DR tengah tulis rekod perubatan)

Aku ternampak slip darah makcik rokiah, ada spO2.

D: Awak tau tak ABG tu apa?

Me: Tak tahu (dalam hati~ bagitau la nama penuh ABG, ntah2 aku tau kowt.)

Dalam bas aku terpikir, maybe arterial blood gass-dammit

Kesimpulan- manusia itu pelbagai macam, dugaan akan selalu datang tetapi destinasi tidak pernah berubah. So, you only give a damn to things that matter. Jangan lupa untuk rileks supaya sume idea mahal korg tak retarded dalam otak.

bring it on

p/s: berkat kesabaran dapat tengok demo gastrointestinal examination, belajar jgak la aritu. Jarang jumpa hepatomegaly kat ward.