Cuplikan: Al-Quran, Surah Saba’: 15).
William R. Roff (1974) telah memperlukiskan identiti orang Kelantan sebagai: “The Islamic State of Kelantan, in the north-east corner of mainland Malaysia bordering southern Thailand, has existed as a locus of power in the peninsular for the least a thousand years.”
Ini disokong oleh Pendeta Prof. Ismail Hussein (1989) yang turut mencatat di Kelantan sudah lama tumbuh suatu penghidupan keintelektualan dan kesusasteraan yang sama suburnya, yang sedikit diketahui orang hari ini.
Malah Kelantan turut disebut dalam kebanyakan tulisan kesusasteraan awal, dengan menghadirnya tokoh-tokoh besar yang disenyapkan lantaran sikap politiknya seperti Kadir Adabi, Yusuf Zaki dan lain-lain.Sebagai seorang pemastautin sementara di negeri Kelantan (kurang lebih 2 bulan), saya melihat orang2 kelantan ini sangat cinta akan seni budaya. Dikir barat berkembang sepert aliran hip-hop Amerika. Ke mana sahaja mereka pergi mereka tidak pernah lupa akan makanan dan dialek. Contoh mudah sila kira restoran makanan kelantan di tempat tinggal anda.
Kekaguman saya tidak terhenti di situ. Kuasa mereka merubah landskap politik negara yang saya kira hanya tercapai dengan ilmu dan kesedaran adalah antara perkara yang perlu dicontohi. Tidak dapat tidak saya bersetuju bahawa mereka telah merasai banyak perubahan positif yang tidak terdapat negeri lain.