Tuesday, April 20, 2010

seafood rice noodle

Original recipe soondubu jjigae/ stew tofu lembut dari Maangchi. tapi disebabkan beberapa bahan tak cukup kita tukarkan resepi ni jadi bihun sup makanan laut. Jangan bimbang...kita yang buat dia, bukan dia buat kita.

Rahsia masakan bersup korea ialah stok yang sedap. cara-cara membuat stok yang sedap:

Stock: rebus bilis + onion + garlic + kelp (pakai agak2 je sebab aku buat untuk 1 periuk kecik)- ketepikan stok yang dah siap...tapis ambil sup & kelp shj

Sup:
1.    Panaskan periuk+ minyak........bila dah panas masukkan cili api (potong kecil)
2.     +daging +udang +fishball +kelp~ goreng sekejap
*Cili api-nak gantikan korean chilli paste/gochu chang, fuhh...cili api pn pedas jugak
*Kelp-ambil dari stok tadi, xyah membazir
*Fishball- rebus dulu buang air, nanti air fishball mengubah rasa sup
3.     masukkan stok, biar menDIDIH
4.     masukkan sayur sawi dan bihun
5.     pecahkan telur sebiji atas bihun--> tutup periuk--> tutup api~ biarkan haba dari sup masakkan telur tu 
Ta-da!!! dah siap.....baca bismillah sebelum makan

Friday, April 16, 2010

saya jadi cikgu tusyen

sempena cuti ni saya rasa nak rehat panjang. tapi bila difikir balik bosannya cuti tapi xbuat pape *sy asyik tidur, masak &makan--> sangatla produktif menambah lemak. nak minta kerja kat jusco/ bagus bakery takut deme xnak menggaji pekerja untuk 2 bulan je. senang2 saya & adik pergi ke pusat tusyen di kejiranan kami dan mohon untuk jadi cikgu tusyen.

akhirnya saya mendapat panggilan telefon, minta saya menggantikan Sir yang tak dapat mengajar hari tu. pengalaman mengajar saya sekarang: English form 3 & B. Malaysia darjah 4&5. mungkin sebab dah lama x tengok budak2 kecik rasanya kelas darjah 4&5 sangat la comel dan menghiburkan. budak2 form 3 dah seyes belajar...xde aksi comel2.
time budak2 jawab soklan cikgu amik gambar  :P

cabaran jadi cikgu: 
  1. kalau pelajar dah ada persepsi negatif ngan sabjek mmgla menyedihkan. bukan mudah nak tukar mind set pelajar.
  2. pelajar menengah yang agak lemah & bermasalah sukar nak bekerjasama. pelajar sekolah rendah lebih senang untuk diajak berkomunikasi *umm, maybe coz i think they're cute

hari pertama saya mengajar
  • punyalah nervous sampai terlupa nak explain dulu apa itu Adverb...bayangkan, masuk kelas je terus perkenalkan diri & bagi latihan..then bincang.
  • tersasul jangan cakapla....masa viva pun saya xneves camni

kesimpulannya seni mengajar saya belum cukup haul. tapi saya mahu menjadi cikgu yang baik agar pelajar2 minat & ingat ajaran saya.....mudah2an niat baik ini diberkati. TO ALL ENGLISH TEACHER THAT MAKES ME LOVE ENGLISH~ L'chaim