Friday, August 6, 2010

Newcastle mark my spiritual journey

             Ada pun semboyan telah berbunyi berpindahlah hamba beserta bala tentera bagi melaksanakan titah baginda. Jika benar bagai dikata 3 tahun jualah hamba berkelana. Medan perang bukan sebarang…..tersilap langkah MBBS ku melayang. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Belum pun dua purnama hamba berjuang, sirih dipanggil pulang ke gagang. Ibarat negeri berubah rasam;  ibarat tahun berubah musim.
             Sesungguhnya cinta itu membutakan. Dek kerana cinta dan luhurnya rasa hamba turutkan jua titah diberi. Kesimpulanya lepas ni kena sambung klinikal di HTAR klang…..namun hrpz akan sentiasa diingati. Kota bharu telah mengajar hamba banyak perkara yang tidak diajar jika berada dibawah lindungan orang tua. Sepanjang perkelanaan ini, hamba telah mengenal erti persahabatan dan peri pentingnya kebergantungan pada Yang Maha Esa. Senduk dengan belanga lagi berlaga, sudah memang resmi manusia pabila nasi habis budi bersua. 













                                

Pohon mengkudu tumbuh rapat,
Rapat lagi pohon jati;
Kawan beribu mudah dapat,
Sahabat setia susah dicari.








Hormat dulu diri sendiri,
Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
Hilang kabus nampaklah dia.



Anak ayam turun enam,
satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
Minta mati dalam agama

2 comments: