Sunday, January 27, 2013

10 tahun akan datang: oh anakku

Peringatan untuk diri sendiri yang alpa

10 tahun akan datang jika ada anak yang nakal atau malas ibadah jangan musykil. Sila renungkan.. apa yang kamu makan dulu? Kerja ok je xpenah main fb masa kerja.

Kita minat sangat makan makanan di tempat yang diusahakan oleh n-muslim. Padahal deme tak pernah paksa pun kamu gi makan kedai dia. Kalau ada tanda halal ok laaa... kita assume pihak penguasa dah buat kerja. Yang menimbulkan kehairanan ialah kenapa nak pergi juga ke tempat yang tak pernah apply sijil halal contohnya kedai yang menghidangkan minuman beralkohol (kata kita: tapi dia tak campur pun dlm mknn), kopitiam2 yang diragui atau kedai makanan laut (kata kita: xde khinzir la *yg haram tu khinzir je ke)

Wahai orang2 yang beriman.... kalau tak darurat janganlah kamu pendek akal & makan di tempat yang syubhah. Orang zaman jepun pun xmakan mengarut cam kamu.
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


Over♔Out (⌐■_■) farah AJ

No comments:

Post a Comment