Sunday, June 6, 2010

we made choices

Orientasi mbbs baru sahaja selesai. Sepanjang minggu ini saya sering terkenang teman2 yang masih tinggal dan teman2 yang telah pergi. Pergi tidak semestinya kerana rela, namun ada yang memilih untuk pergi. Dalam dunia yang serba komersil; kita akan dihakimi  kerana setiap pilihan pasti membezakan seseorang. Saya memilih dan berusaha untuk kekal di sini agar mencapai satu turning point dalam hidup.

Baru2 ini saya ke pasaraya di kejiranan berdekatan. Takdir menemukan saya dengan rakan sekelas semasa tahun 6. Mengimbau kenangan tahun 1997 yang belum pudar, saya masih ingat rakan yang selalu tidak menyudahkan kerja rumah dan berterusan gagal dalam beberapa subjek. Saya sempat menegur beliau yang bertugas sebagai juruwang. Sesekali rasa sedih/kasihan dalam hati kerana saya sedar beliau menghadapi masalah pembelajaran *mungkin some degree of learning disability. Membayangkan saya ditempatnya adalah satu turning point. Saya mesti bersyukur walaupun saya belum menjadi pelajar terbaik dalam kelas, masih berhutang dengan ptptn, masih belum bertemu jodoh dan masih belum beres dari banyak segi.

Bagi menghadapi hari mendatang saya akan berterusan mencuba:
-makan dengan seimbang kerana saya tahu tidur yang cukup bukanlah satu pilihan yang mampu saya buat.
-menjadi manusia yang tidak mendatangkan masalah+ menyenangkan
-beradaptasi dengan persekitaran baru n have fun
-mengawal emosi apabila keadaan tidak menyenangkan

No comments:

Post a Comment