Saturday, May 29, 2010

heavy metal detox

Rasanya ramai mengetahui apa itu carcinogen...pendek kata carcinogen adalah unsur yang boleh menyebabkan kanser. selalunya kita paling bimbang sekali logam berat/heavy metal. Saya pernah bertanya pada Prof Saliha yang mengajar saya sabjek "Penyakit Haiwan" kalau kita dah termakan ayam yang ada heavy metal...ada apa2 x yang perlu kita buat, sekurang2nya untuk mengurangkan kesan kumulatif tu? prof saya cakap xde apa yang kita boleh buat. Dalam kepala saya "waahh...kalau dah termakan heavy metal (mungkin dari air, ayam. ikan) then kita tunggu jela bila nak kena cA*c**....umm TOO BAD"

Baru ni saya menonton rancangan Vitamin di KBS world. Rancangan yang sangat informatif & kelakar. kenapalah kita xde rancangan mcm ni eh? kadang2 saya terfikir rakyat kita ni belum knowledge oriented lagi kut sebab tu kita suka ikut2 trend je. I mean all the idol show. Paling best pun agro jurnal, majalah 3 atau panorama~ we should be better.

Andaikata anda mengesyaki sumber air di M'sia tercemar & anda terminum, ikan anda tercemar dengan logam2 berat, sayur terkena semburan racun *racun mmgla banyak heavy metal-nya tu, apa kata anda banyakkan makan bahan2 ni:
1. Apple- pectin dalam kulit epal mampu menghalang penyerapan logam berat oleh badan. Patutla ada pepatah "an apple a day keep the doctors away"...waahh nanti doktor xde kerja plak.

2. Laver/ seaweed- salah satu makanan lengkap dan mampu menyingkirkan heavy metal. Pastikan rumpai laut anda tidak tercemar ye...kalau x ia umpama menambah logam berat ke dalam badan. Untung betul org2 korea dan jepun....negara mereka banyak rumpai laut & mereka boleh jadikannya hidangan harian.

3. Beansprout/ tauge- sayur yang sangat murah tapi tinggi khasiatnya. pastikan tauge anda organik, tidak ditunaskan oleh growth hormon pokok. Tauge organik banyak dijual di pasar tani sebab orang jawa memang suka wat pecal/urap guna tauge kontot<--organik tuh. Tauge berfungsi untuk menyingkirkan cadmium yang kita hidu setiap hari. Cadmium adalah logam berat yang terdapat dalam udara tercemar.

4. Onion- bawang besar mampu meneutralkan nikotin, jadi perokok2 di luar sana sila makan onion banyak2. sebenarnya berhenti merokok jela...kan senang. Mengikut pensyarah pemakanan, bawang besar lagi baik kalau dimakan mentah kerana ia mampu meneutralkan radikal2 bebas. Sebab tu kalau makan roti naan+ tandoori/ sate.....jangan buang bawang tu~ mesti dimakan okeyh! *yang hangus2=sumber radikal bebas.

No comments:

Post a Comment