Salam alaykum readers, selamat menyambut maulidur rasul. Semoga kita semua tergolong dalam umat Nabi Muhammad dan membudayakan al-quran dan al-sunnah.
Suka saya kongsikan sedikit akhlak Rasulullah s.a.w. Isteri nabi yang paling pandai memasak bernama Safiah manakala isteri yang kurang skill memasak tentulah isteri yang paling muda iaitu Saidatina Aisyah r.a. Pada suatu hari Aisyah memasak dan masakannya sangat masin. Nabi tidak terus mengadu malah mengajak Aisyah makan bersama katanya nak mengulangi saat macam mula2 nikah dulu iaitu makan bersuap. Aisyah menyuap roti yang dicicah kuah kepada Nabi, Nabi makan. Sampai giliran Nabi, dicicahnya roti tu lama sikit biar kuahnya meresap dan disuap ke mulut Aisyah. Aisyah yang baru tersedar masakannya masin terus meminta maaf pada suaminya namun Nabi hanya berkata "Barangkali mulut kamu yang terasa masin, bagiku makan ini sedap" I wish I could find someone who would appreciate me & my cooking <3

Cuti hujung minggu baru ini saya telah melakukan sesuatu yang menguntungkan iaitu menghadiri kursus kahwin. Harga kursus pra-perkahwinan di Selangor setakat ini ialah RM80. Mungkin rezeki, kursus di MSU adalah separuh harga iaitu RM40 untuk 2 hari. Alhamdulillah sijil kursus dah dapat. Selepas ini (tak tahu bila) kursus pra-perkahwinan akan dijalankan selama 1 minggu membabitkan penggubalan kurikulum baru dan format baru. Dengar kata siap ada qiamullail. Seorang sahabat yang sudah bernikah sungguh excited dengan berita itu, katanya barulah ada feel umrah (sahabat ini sungguh rindu mahu kembali ke Mekah).
Perbezaan kursus di kampus dan di luar
Kampus:
Jimat RM40, makan nasi bungkus xle tambah, dapat buku dan pamphlet yang basic, suasana ceria sebab ramai student
Luar:
Okla RM80, caterer hidang nasi, dapat buku dan pamphlet yang banyak, suasana xmeriah sangat sebab orang2 dewasa ni sguh serius (ma fren said)
Saya merasakan telah mendapat satu roh Islami yang sudah lama tidak dirasai + I’ve just realize perkahwinan tidak mudah (dapat satu kesedaran yang mendalam). Kos nikah di Selangor ialah RM500 termasuk upah jurunikah, mas kahwin RM300 dan lain2. Kenduri, MUA dan OP lain kira ye. Modul kursus pula senang difahami kerana penceramah membuatkan istilah agama difahami oleh orang kebanyakan. Tidak lupa juga saya sering tertawa sepanjang kursus kerana penceramahnya memang memahami jiwa peserta yang mudah tertidur seperti saya.
Dulu dan sekarang
Kata ustaz, 10 tahun yang lalu kursus pra-perkahwinan membabitkan beberapa modul latihan dalam kumpulan. Alhamdulillah kursus pra-perkahwinan kini telah dipermudahkan untuk kemaslahatan umum. Proses nikah dulu agak mem'terror'kan pengantin lelaki kerana tok kadi gemar bertanya soalan fekah dll. Kini, setelah golongan kadi beralih kepada generasi yang baru + mungkin juga sudah ramai kadi yang belajar psikologià proses akad nikah menjadi cepat dan ringkas. Kata ustaz Jahrin, beliau selalu menikahkan orang dalam masa 15 minit (termasuk khutbah nikah). Kadi sekarang sudah pandai melawak untuk ice breaking dan mengurangkan debar pengantin lelaki.
Rukun Nikah yang belum cukup
- Pengantin lelaki: ibu2 bapak2 tolong aku
- Pengantin perempuan: dah ada cuma perlu jadi muslimah yang lebih baik agar membudayakan al-quran dalam kehidupan & memperbaiki akhlak. Dahla belajar xhabis lagi <--byk masalah tul
- Wali: xde hal
- Saksi: cari je sape2 yang lapang time tu
- Akad: sila rujuk bullet no.1
Tips sebelum pergi kursus kahwin
- Pastikan anda lapang dan tidak tergesa-gesa: apa salahnya kursus dulu walaupun belum ada calon. Sijil kursus tu valid sampai bila2. Nak nikah 4-5 kali pun guna sijil tu je.
- Lebih baik pergi dengan kawan sejantina: I went with my girlfriends, seronok gelak sama2 dan bisik-bisik. Kalau datang dengan tunang pun tempat duduk muslimin dan muslimat memang akan diasingkan, so I recommend coming with your friend.
- Bawa bekal gula-gula atau kopi: walaupun ceramah-nya kelakar jangan sangka syaitan tidak akan bergayut di kelopak mata. Oleh itu bawa bekal secukupnya.
- Pakaian: senang citer menutup aurat kerana akak2 semua bakal menghadiri majlis ilmu agama. Kalau pakai selendang ala nampak jambul, kain belah2 susah malaikat nak catit pahala.
Oleh itu selamat berkursus buat mereka yang bakal menghadiri kursus pra-perkahwinan. Rasulullah s.a.w bersabda , “Barangsiapa beramal tanpa ilmu maka apa yang dirusaknya jauh lebih banyak dibandingkan yang diperbaikinya.” Wallahualam.