Monday, December 5, 2011

bukan anakku tapi......

Berpesan-pesan antara kita
Tidak-tidak di hati
Terniat terasa nak mengata
Nilai keimanan

pada mulanya aku yang belum beranak ni merasakan urusan pendidikan anak2 bukan urusanku. tapi kalau dilihat anak2 yang tidak ditegur lambat laun akan menyusahkan masyarakat (bagai kanker yang metastasis- sukar mengobatnya) dan akhirnya memberi kesusahan pada ibu bapanya. Aku hairan deh.. orang tua yang suka berkata "budak2, biarkan sajalah". Tapi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika anak di Australia mampu mengutip sampah yang dibuang oleh imigran di tepi sungai..anak2 kita juga perlu dijar begitu. Adakah ibu bapa di benua ini tidak yakin bahawa anak2 mereka punya akal yang boleh dibentuk?

Contohnya anak2 jiranku gemar membuang sampah merata-rata hingga mencemar laman rumahku. iya...aku faham kebersihan separuh dari iman tapi kalau aku ini membersih laman rumah dengan perasaan amarah tidakkah kotor jiwaku ini. manakan dapat pahala Lillahi Taala. Dan berbalik kepada kebersihan itu separuh daripada Iman....memang wajar donk ibu bapa megajarkan anaknya nilai2 keimanan.

Nilai Kebendaan
Anak2 harus diterima dengan rendah hati, penuh keinsafan. Bukan suatu macam trofi kebanggaan. Gambar anak2 comel ternyata memenuhi ruang FB. Aku kesal dengan sebilangan ibu bapa yang menjadikan anak sebagai bahan tayangan material. Tidak terfikirkah mereka bahawa suatu hari nanti mereka bakal menuai anak2 yang materialistik dan keras hati walhal itu adalah akibat dari tindakan mereka sendiri. Sejujurnya aku sudah tahu orang tua jenis apakah mereka itu selepas menatap gambar anak2nya.

Nilai Intelektual
Gambar FB sudah menunjukkan tahap intelektual ibu bapanya. Sejak kecil anak2 diajar bergaya seperti artis, diajar bercakap seperti burung kakak tua.... bagaimana anjakan paradigma akan berlaku jika anak2 tidak diajar berfikir, menyayangi dan mengenal Yang Maha Pencipta. Aku berharap agar generasi akan datang menjadi lebih baik namun jika anak2 yang  lahir itu mendapat didikan dari orang tua yang tak punya kesedaran intelek...... makanan dalam tin boleh jadi lebih berkhasiat daripada bubur buatan ibu.
DONT TEACH SHALLOWNESS TO CHILDREN

2 comments:

  1. young parents nowadays trlampau hedonistic and riak...

    ReplyDelete
  2. to be exact young parents that have 24/7 access to facebook

    ReplyDelete