Sunday, July 17, 2011

susu badam/ almond milk

sudah lama saya menyimpan keinginan untuk membuat susu badam (selepas menonton nikita beberapa bulan yang lepas). Cabaran untuk membuat susu badam:
  1. harga badam yang mahal. tesco xmenjual badam secara timbang. mengharapkan badam dijual seperti kacang tanah. dilambak-lambak dan bebas menceduknya. RM2.00+ untuk 60g badam= 2 mug susu badam
  2. berketul selepas dipanaskan pada kepanasan yang rendah. susu soya tidak pernah bikin sentap begini
kalaulah malaysia mengeluarkan kacang badam sendiri

gunakan penapis kain...mengelakkan serdak2 badam masuk kerongkong

gorgeous

ini susu lembu UHT. konsistensi susu badam lebih pekat
Bahan-bahan
  • 60g kacang badam
  • 500ml air kosong
  • gula perang- secukup rasa
  • 1 sdk esen vanila
  • blender
Cara membuat
  1. rendam badam 3-4 jam dalam air sejuk
  2. 500ml air + 60g badam- blender
  3. tapiskan
  4. susu badam+ gula- masak atas api kecil
  5. masukkan esen vanila sebelum matikan api

Apa kata juri? 
Sungguh lembut dan wangi. Perlu diingat minuman jenis kekacang mengeluarkan bau maung...sedikit perasa seperti vanilla atau pandan boleh menyahbau tersebut. 
Kandungan lemak yang lebih tinggi berbanding soya (lemak ini dijamin lebih sihat dari nasi lemak) menyebabkan ia berketul halus selepas dipanaskan. Mungkin badam perlu dibakar dalam oven sebelum direndam supaya susu badam tidak perlu dididihkan.

4 comments:

  1. terima kasih utk recipe awak :)
    saya suka juga susu badam nie :) beli kat cold storage. tapi mahal betul. rm11.90 utk 4 cawan (1 liter)

    ReplyDelete
  2. sama2....tq singgah. eww mahal gler...mmg patut buat sendiri

    ReplyDelete