Sunday, September 4, 2011

bukankah ibumu telah berpesan

Anak2nya itu tidaklah dungu. Punya pekerjaan yang baik di lembah kelang dan berkereta besar. Rumahnya pun besar, besarlah dari rumah2 di jalan demang 7. Namun perihal ibunya seorang ini tidak pernah di ambil kisah. Sudah berkali-kali ibunya itu merengek meminta pulang. Bahkan ketika mereka mengambilnya dari kampung orang tua itu ternyata berat hati. Namun dek kerana mahu menjaga hati anak dan menantu, akhirnya orang tua itu menurut.

Aku pun hairan, apa salahnya dibiarkan orang tua itu di kampung. Menantu di kampung sanggup menjaganya, rumah peninggalan almarhum suaminya masih elok dan paling penting jiwanya tenang di kampung. Rumah depan kubur yang penuh dengan kenangan hidup bersama suami dan membesarkan anak-anak. Tempat yang tinggi nilai sentimental dan memberikan nilai percaya diri. Mengapa perlu diragut satu2nya 'harta' orang tua itu. Kali terakhir aku melihat orang tua itu gembira di rumahnya, berjalan2 menggunakan walking frame. Selera makannya juga baik, ubat kencing manis dan darah tinggi juga tidak pernah putus.

Seminggu sebelum orang tua itu meninggal aku menziarahnya di bumi asing jauh dari rumah depan kubur. Tubuh itu terbaring lemah, hanya suara nafas dari mulutnya yang aku dengar. Serangan angin ahmar ke-2 membuatnya hilang sadar. Tidak dibawa ke hospital sama sekali, bahkan menantunya mencurah segelas air ke mulut itu. Pasti mati kelemasan getus hatiku. Menurut kitab2 telahanku hilang sadar seharusnya dirawat dirumah sakit, ditebuk kerongkongnya agar pernafasannya lancar. Tiub Ryle's dihidung untuk laluan makanan dan air. Kalau benar kamu menyayangi orang tua itu DO NO HARM.

Melihatkan tubuhnya yang kembang2 akhirnya nenek itu menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa bulan hidup di rumah yang tidak berjiwa. Aku doakan agar beliau menemui ketenangan abadi di sana. Apakan daya, hendak ku panggil jkm aku bimbang nenek tersadai di rumah kebajikan(birokrasi di Malaysia sering membantutkan niat murni). Hendak ku bawa lari ke kampung bimbang pula mendapat rekod jenayah baru.

Orang meninggal di US pun berkubur di kampung, apalah sangat kalau meninggal di lembah kelang. Sebaiknya penuhilah wasiat orang tua itu. Kembalikanlah jasadnya ke kampung kalau pun kamu tidak mampu menyayanginya semasa beliau bernyawa. Jasad itu berkubur di bumi asing jua. Bukankah ibumu telah berpesan kuburkan jasadnya di kampung, tanah kubur depan rumah. Diimamkan solat jenazahnya oleh anak saudaranya sendiri. Jangan kau mengeluh jika dihidupmu tidak bahagia kerana derhaka kepada ibu azabnya pasti terlihat di dunia.
SELAMAT HARI RAYA
SALAH & SILAP HARAP DIMAAFKAN
SAYANGILAH ORANG TUA KITA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA

1 comment:

  1. betul tu. peringatan untuk ak jugak. mmg rugi org yg ada kedua org tua yg masih hidup tp x dpt membantunya untuk ke syurga sbb derhaka. nauzubillah. huhu.

    ReplyDelete