Bila ada legend yang meninggal macam2 tribute bergentayangan di kaca tv. Aku dah malas..in fact bosan. Buat pengamal media aku tak salahkan kalian kerana solusi aku ialah tutup tv. (I love MJ, but moderation is always good). Tapi ada satu perkara yang menarik minat aku...hidup MJ yang penuh dengan lambakan kontroversi iaitu kes penderaan seksual kanak-kanak.
Dalam lawsuit ini, tidak ada satu pun tuduhan membuktikan MJ bersalah. Segala tuduhan itu lebih bermotifkan wang dan prejudis. Alasannya mudah, MJ samada hidup atau mati akan sentiasa menjadi goldmaker. MJ pula meletakkan dirinya sebagai seorang yang dekat dengan kanak-kanak dan melayan mereka seperti keluarga hingga membuka ruang yang luas untuk prejudis.
Hakikatnya, MJ is a boy at heart. Pengalaman bekerja sejak kecil menyebabkan beliau tidak mengecapi zaman kanak-kanak yang normal. Mesti grow up walaupun masanya belum tiba. Sebagai mengganti semula masa lalu MJ membina Neverland (feed the fantasy of storybooks) dan menganggap kanak-kanak sebagai teman. Mungkin sebab itu kita tak pernah melihat imej Jacko sebagai party boy atau playboy.
Selain itu, aku sedar MJ ni pelik(seletep di hidung, mask and wore pyjama at court) tapi ia adalah pengakhiran yang sempurna. There’s always good to be the sideshow rather than a nobody. Bak kata pamela anderson klu orang tak nak gambar mereka diambil, saya lebih bimbang kalau tiada yang nak mengambil gambar saya.
p/s: gua salute Thomas Mesereau, peguambela MJ dengan track record cemerlang dan sanggup buat pro bono untuk yang memerlukan. Kalau artis m’sia=hollywood, mungkin aku akan tukar profesion ;)
hola famous life!!