Tuesday, June 16, 2009

Jangan Pandang Belakang

Berdasarkan pemerhatian aku selama ini, orang Melayu memang minat cerita seram kalau tidak masakan cerita JPB boleh jadi box-office. Tapi aku tak berminat nak komen pasal filem sebab aku ni bukan pelajar jurusan perfileman. Perkara yang buat aku berminat hari ini ialah suasana di jaya jusco bukit tinggi petang tadi. Maklumlah selama ni aku pergi tenang...orang tak ramai tapi hari ni suasananya kalut dan serabut.

Rupa-rupanya ada mini konsert. Macam-macam jenis orang aku nampak bila konsert tamat-pakai jeans tapi nampak boxer, kepanasan sampai buka baju, 'bawak' motor pelbagai gaya, terpekik-pekik macam nak bergaduh (aku rasa dah gaduh pun cuma aku je yang tak nampak). Bila aku tengok secara menyeluruh sah....dalam crowd tu 99% melayu beragama Islam.

Dari sini logik kalau aku mengatakan orang Islam di negara kita ni tak cukup tarbiyah...penghayatan agama pun kurang. Aku bercakap bukan dengan niat nak mendabik dada. Sekadar nak mengingatkan, sebagai seorang muslim berbuat sesuatu bukan untuk menunjuk-nunjuk...tetapi kebaikan itu MESTI dibuat kerana its the right thing to do dan tindakan mesti selari dengan hukum agama.

Sanggup berpanas pukul 6 petang untuk tengok konsert tapi tak sanggup meluangkan masa untuk solat. Berani menunggang motor dengan aksi berbahaya, tapi tak berani menahan hawa nafsu sendiri (over fascinated... opposite sex... pride...) Dimanakah kedudukan Tuhan di hati kita? Adakah kita masih mempunyai mata hati yang celik? Ya Allah...i hope people that i saw today will find the turning point in their life so that they'll be a better muslim.

Peringatan ini untuk semua termasuk yang menulis. Kita akan marah kalau ada yang bernada sinis, judgmental dan menghukum tetapi kalau anda mahu dilayan secara bermaruah.....lakukan perkara bermaruah...berpakaian lah dengan pakaian yang baik dan bermaruah. Oleh itu, boleh pandang ke belakang untuk membetulkan kesilapan tetapi jangan melangkah ke belakang. Wassalam.

created on 5th may 2009

No comments:

Post a Comment