Akhir-akhir ni aku selalu terfikir tentang apa aku nak jadi 10 tahun akan datang. Praktikal makin dekat, cuti dan bertemu sahabat lama telah memberi aku satu perspektif segar. Sekurang-kurangnya kegusaran hidup berjaya ditangani sekarang. Sebenarnya aku sangat bertuah ada ‘penasihat’ yang rohaniah setelah agak lama aku hidup dalam dunia material dan logik. (^_^) thanx frens
Usai menonton rancangan perspektif awani, tajuknya menarik. Sayang sekali tak dapat menonton dari awal. Panelis hari ini Prof Datuk Dr. Ibrahim Barjunid (UNITAR) dan Dr. Roselan Baki (UPM) membincangkan cabaran masa depan profession perguruan. Sebagai seorang yang percaya ilmu itu ajaib isu pendidikan dekat di hatiku. Tambahan pula sahabat2ku, pakcik2ku ramai tergolong dalam kumpulan pendidik.
Perbincangan hari ini menekankan peri pentingnnya impak guru terhadap pelajar-pelajarnya. Namun semua beban itu harus dikongsi bersama oleh pengajar yang mengajar guru-guru. Intinya ringkas....guru tonggak kepada pembelajaran sepanjang hayat dan bertanggungjawab mencetuskan kognitif tingkat tinggi terhadap pelajar. Kalau dulu guru pencetus semangat nasionalisme dan kesedaran politik tanggungjawab guru sekarang tidak kurang hebatnya. Selain daripada inisiatif sendiri guru sememangnya memberi impak dalam hidup aku.
Contoh terdekat cikgu bahasa Inggeris sekolah aku arwah Sir Sirajuddin mewujudkan bilik aktiviti bahasa yang mudah diakses oleh pelajar dan penuh dengan bahan-bahan bacaan Bahasa Inggeris. Tahap penguasaan BI aku bermula dari sederhana dan berkembang menjadi lebih baik bila ada sumber dan galakan sebegini. Antara yang menjadi kegemaran aku ialah Lat Kampung Boy dan Readers Digest~ versi zaman dulu lagi best dari sekarang. Mungkin akibat berkenalan dengan Kampung Boy aku suka membaca hingga sekarang.
Berbalik kepada perbincangan tadi panelis juga berpendapat guru tidak berhak melabel pelajar samada gagal atau berjaya dalam hidup. Aku sependapat kerana setiap manusia tidak sama cara berfikir dan perspektifnya. Kalau prinsip kebarangkalian dan kejayaan boleh di ambil, takrifan kejayaan itu sendiri adalah berbeza bagi setiap golongan. Oleh itu...kita tidak pernah salah memilih namun kita akan kelihatan gagal kalau tidak mampu fokus pada perkara yang pokok.
Bingkisan dari sahabat ku yang gemar berblog.....
Always keep in mind no matter where n which road we end up to. If you wish to be a noble - saving life, so save peoples life without expecting much of cash n credits. If you wish to be a salaryman/woman, be one of them and dont pretend to be a noble and redeem much more than you should receive. - ChoyHH-
http://mylifecreation.blog
No comments:
Post a Comment