Hurm...baru tau nih attachment tunda ke bulan Julai, maknanye jadual asal dah tak valid, anjak sket je. Amboi anjak sket? Kalau satu hormon terganggu e.g. estrogen seluruh cycle akan terganggu. Kalut sungguh~
Sia-sia je kepanikan aku selama ni. Jadi nak bermula dengan brushing up my clinical skill.....a waxed knowledge and the robe of confidence. Sempat lagi ni.
Bangun tido je aku dah tau nak main apa hari ni. Masalah terbesar kenapa aku tak dengar bunyi paru-paru? Neway, bunyi jantung dan perut berjaya sampai ke gengendang telinga selepas membetulkan kedudukan eartube.
me so lucky..lucky!!-ikut tone King Julien
Kalau ku tahu hujan tak jadi
Tidaklah aku turun ke bendang
Kalau ku tahu praktikal lambat lagi
Tidaklah aku panik memanjang
No comments:
Post a Comment