Tuesday, June 16, 2009

Iktibar Tanah Suci

Semenjak Ramadhan aku mula minat tengok Astro Oasis. Mungkin sebab bila berpuasa, syaitan diikat. Hati mulai mencari pengisian rohani. Rancangan yang aku rasa sangat menarik ialah "Iktibar Tanah Suci".

Salah satunya ialah kisah meninggal di tanah suci. Meninggal di tanah suci adalah satu kelebihan dan tidak salah kalau bercita-cita untuk mencapainya. Namun ia bukanlah segala-galanya kerana pokok pangkalnya ibadah kita adalah penentu di akhirat sana.

Menunaikan ibadah haji sekeluarga memang menjadi impian setiap muslim namun bukan semua yang berkemampuan. Satu keluarga menceritakan pengalaman haji mereka. Semasa di tanah suci ayahnya jatuh sakit namun sempat menyempurnakan ibadah haji. Di akhir hayatnya, dia masih berpesan kepada isteri agar menjaga ibunya dan minta maaf kepada isteri agar memaafkan segala kesilapan sepanjang hidup bersama. Akhirnya si ayah meninggal dan dikebumikan di Mekah.

Mendengarkan kisah keluarga ini aku rasa kagum. Menghadapi kesulitan di negara yang asing namun si isteri tetap redha. Pelbagai kisah menarik dipaparkan untuk renungan semua.

Justeru, setiap kesukaran yang diberikan Allah akan ada kemudahan dari Nya. Allah tidak akan membiarkan kita susah semata-mata sebaliknya kitalah yang harus mencari hikmah daripada ujian Allah ini.

Ada 5 sebab Allah menurunkan ujian buat umatnya:

  1. Menambah pahala
  2. Meningkatkan kemuliaan
  3. Menghapuskan dosa
  4. Mengangkat martabat di sisi-Nya
  5. Sebagai hukuman

Kesimpulannya ujian adalah kasih sayang Allah dan kita hendaklah bersangka baik dengan rahmat Allah. Oleh itu pemergian yang tersayang hendaklah diiringi doa bukan penyesalan-anyway i still miss my brother-

No comments:

Post a Comment