Bila bercakap pasal politik mesti ada yang rasa kurang senang terutamanya kalau topik percakapan itu mencabar fahaman politik anutan sendiri. Aku bukanlah orang terbaik untuk bercakap soal politik tapi ada sesetengah perkara perlu diingatkan kepada semua.
Antara sebab aku minat politik ialah kerana politik mampu menjadikan seseorang itu a loser atau a real winner. Politik boleh menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama dalam sekelip mata. Menariknya impak itu mungkin akan menjadi ingatan masyarakat untuk tempoh yang lama. Selepas menonton Perspektif Kita di astro awani aku sangat setuju bahawa rakyat(terutamanya yang muda2 ni) mesti mengambil tahu hal ehwal politik.
Ada yang fanatik dengan sesuatu aliran dan ada yang tak kisah langsung pasal politik. Tak kurang juga yang putus asa dengan politik sebab segalanya tidak menjadi walaupun wakil rakyat sentiasa bertukar. Sebagai seorang muslim aku sentiasa menjadikan agamaku sebagai landasan.
Secara ringkasnya berpolitiklah secara rasional. Di sini pentingnya literasi politik agar rakyat boleh berfikir dan bertindak mengikut dinamika politik. Prihatinlah pada keadaan semasa agar anda tidak diperkotak-katikkan. Kalaulah rakyat kita lebih arif soal politik, proses demokrasi dan lebih kuat memegang prinsip kemanusiaan mungkin keadaan hari ini akan berbeza.
Aku hanya rakyat biasa, waiting for a skychange. Hope to live on my dream and serving this country with dignity.
No comments:
Post a Comment