Sunday, October 14, 2012

ayam goreng mamak (tried, tested & love it)

Ayah berkata "Along bangun cepat, nak suruh pegang ayam ni" Den pun bangunlah ikut cakap ayah. Kalau xbangun harapanlah nak makan ayam goreng hari ni. Bila balik kampung hidup dah jadi macam River Cottage gittew......nak makan sembelih, tak pun petik belakang rumah. 
ayah den dengan belaannya. gambar cantik tapi terpaksa crop muka-privacy policy

Alhamdulillah. I think it is something that we should be grateful for WORKING ON OUR FOOD FROM SCRATCH. Dari situ keberkatan menolong ibu bapa lebih la sikit. Inilah caranya nak meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Tak perlulah open table mahal2 di hotel atau restoran. Gambar2 ini diambil masa Ramadhan baru2 ni. Resepi inspired by potret kasih.

Bahan- bahan:
Ikut arah jam: 2sdb bawang merah blender, 2sdb halia, 1sdb serbuk cili, 1sdk jintan manis, 1sdk jintan putih, 1sdb serbuk kari, garam secukup rasa (boleh adjust ikut kesukaan masing2)
Ayam 1 1/2 ekor- guna ayam kampung muda umur 1 bulan setengah, saiz pun kecil je

Marinate selama 30minit (sekurang2nya). Bila rempah nampak merah sangat tambah 1 sdb serbuk kunyit. Biar cantik. Sebelum goreng, gaulkan dengan tepung beras (cukup2 untuk menyaluti ayam+ 1 biji telur)


selepas penambahan kunyit (telur + tpg beras xletak lagi)

Goreng hingga garing, api sederhana
Ayam goreng mamak style memang sedap. Sold out!
Over♔Out (⌐■_■) farah AJ

No comments:

Post a Comment