Mentega kacang yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya berasal dari China. Disebabkan beberapa hari yang lepas saya sudah termakan mentega kacang yang sudah tamat tarikh luput saya pun terus membeli mentega kacang ini. Maklumlah sampel pun dah makan *sedap* promoter pun baik.
Variasi mentega kacang sunbear: coklat, mentega kacang, mentega kacang lapisan coklat
Keluaran: delima sedara dekat felda juga
Selepas beli: dapat sticker free *tampal kat tendon hammer pun ok*
Sapuan: sangat smooth, roti pun stabil, xterkoyak. Sesetengah mentega kacang sangat likat susah nak sapu.
Selain mentega kacang, felda pun ada mengeluarkan susu pekat saji: ANTARA YANG TERBAIK pernah saya rasa. Restoran makcik pun guna susu ni, bila buat jagung rebus+ siram susu pekat saji siap ada orang tanya lagi pakai susu pekat apa *sedap lettew*.
Macam2 susu pekat dah cuba tapi susu pekat saji juga melekat di hati. Dulu suka dairy champ (sebab minat ketuk2 ramadhan sheila rusly). Masalah susu dairy champ- konsistensi terlampau pekat selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Kacau dalam air pun ada yang berketul2 di bawah cawan. Kadang2 tertelan mendakan manis tu. Susu pekat saji: klu dibiarkan pada suhu bilik agak cair, selepas dikeluarkan dari peti sejuk- perfetto!! Larut dalam semua minuman panas atau sejuk
Over♔Out (⌐■_■) farah AJ
No comments:
Post a Comment