Sunday, October 21, 2012

nasi briyani ringkas & kurma ayam terengganu

Dah lama tak makan briyani. Nak beria- ia pegi restoran pak anjang tak rajin pula, bajet terhad pun ye. Oleh itu kita olahkan nasi briyani serba dhaif untuk hidangan tengahari. Sebelum itu, saya sangat gembira hari ini kerana diberi hidayah untuk bangun awal dan tak tido semula selepas subuh. Bila bangun awal lunch pun awal.

Kenapa briyani?
Niat asal nak buat nasi minyak tapi daun pandan takde. Bagi menjamin ketulenan rasa kita buat je nasi briyani. Biarlah takde kismis pun (omit all the fanciness)


Kurma ayam cara pasar terengganu 
Mudah disediakan, guna rempah kurma biasa je. Rasanya tak lari sangat. Kalau berpeluang balik kampung baik cari rempah kurma kat kedai rempah pokleh dan kak jah @pasar payang. Resepi kuah kurma ni lain sikit dari kurma biasa. Orang yang jualan nasi minyak untuk sarapan (carilah kat pasar payang/ gerai kecil2an) akan guna resepi ni. Tidak konvensional tapi menyelerakan.


Nasi Briyani dhaif
serving: 2
Bahan- bahan:
1 cwn beras siam wangi
1 1/4 cwn air- sukat betul2 jangan pakai ruas jari. Nanti nasi lembik *guna beras lain pun boleh*
Sejemput 4 serangkai (cengkih, kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)
1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
1 sdb susu tepung
1 1/2 sdb rempah briyani (bancuh air panas)
Garam secukup rasa
Minyak sapi untuk menumis

Cara- cara:
1. Tumis bawang + 4 serangkai + rempah briyani hingga garing
2. Masukkan air + susu tepung + garam + beras
3. Masak atas api kecil, tutup dengan penutup

jimat pinggan
Kurma ayam terengganu
Bahan- bahan:
1/2 ekor ayam saiz kecil
Sejemput 4 serangkai 
2 sdb rempah kurma (bancuh air panas)
1 sdb bawang *kisar*
1 sdk halia*
2 sdb susu pekat
3 sdb sos tomato
2-3 sdb bawang goreng dihancurkan
Air dan garam secukupnya


Cara- cara:
1. Tumis bawang+ 4 serangkai+ halia+ rempah kurma
2. Masukkan air+ ayam+ sos tomato+ susu pekat+ bawang goreng+ garam
3. Masak hingga merenih. Adjust rasa ikut suka. Kalau nak pedas sikit letak cili api 1 biji. Nak rasa cili manja2 je.


Over♔Out (⌐■_■) farah AJ

No comments:

Post a Comment