Tuesday, June 16, 2009

Gosip~ secara psikologi baik untuk percaya diri

Sekitar bulan Jun atau Julai ipta di negara kita mulai sibuk.....pengambilan pelajar baru diploma atau asasi. Budak2 asasi jangan cerita la kan; dengan duit biasiswa yang bakal masuk dalam akaun dan tempat tinggal yang kondusif (merujuk kepada UiTM). Tapi hari ini adalah lebih baik kalau aku tak highlight pada perkara yang aku tak dapat dan terus ke gosip hari ini~ dunia perundangan yang kurang insaniah.

Tahu tak pendapatan seorang majistret boleh mencecah rm40k sebulan tapi sebagai ganti anda tak mungkin ada kawan yang ramai. Bila dah masuk high court tentu gajinya lebih tinggi, betul x? Selain tak boleh pegi kenduri jangan ingat boleh pegi shopping sesuka hati kerana anda dibanned dari mengunjungi tempat awam.....tempat awam tu termasuklah Jaya Jusco ye. Oleh itu bila menjadi majistret tempat shopping anda telah bertukar kepada gedung Harrods di London atau mungkin New York Fashion Week.

Hurm..gaya seorang peguam memang menarik kan, yelah kombinasi hitam putih tu memang menangkap pandangan. Baru aku tahu selain keperluan untuk menunjukkan professional look, para peguam ni kena jadi presentable di mata hakim. Katakan Yang Arif cakap “I didnt hear you” tak perlulah peguam ni meninggikan suara lagi sebab ayat tadi tu bermaksud ada perkara yang tak kena dengan pakaian awak atau sakit mata betul tengok baju awak tu..duh.

Rupa-rupanya hakim di Malaysia ni sangat dominan dalam mahkamah....maksudnya dia memang boleh buat apa sahaja contohnya laserkan si peguam atau sesiapa sahaja yang buat hal. Tambahan pula sistem perundangan kita yang tidak menggunakan juri (aku baru tau ni...selama ni asyik tonton citer amerika) jadi kuasa hakim itu memang agak luas. Kalau hakim tu tak amanah memang lingkup~

Impak dari gosip hari ini....semoga semua orang peroleh perspektif baru dan meghargai bidang sendiri. Sorry law society...u can gossip abt me too ;)

4 comments:

  1. seb baik xjd lawyer or judge..
    wlupun ada byk dwet, tp xde life

    gile ksedeyhan~

    ReplyDelete
  2. setuju ngan nizam..umm if my sis read this i'm dead

    ReplyDelete
  3. You should read John Grisham's books. They were really good. nanti otomatik paham la sket2 psl law ni. tp US punye law la kn. haha. yup, kita mmg xde sistem jury pun. i ade bli 2 buku dia sblm ni. just forgot where i simpan T___T

    ReplyDelete
  4. ok...cdgn yg bagus.asek terperangkap dlm dunia hogwarts je..hihi. patutla rs cam salu dengar J.Grisham~ alahai..aku suka sgt muve a painted house

    ReplyDelete