Sempena ulang tahun keputeraan Rasulullah marilah kita mengaudit diri dan berazam mengamalkan sunnah Rasulullah.
Allah Taala berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad): Sekiranya kalian mencintai Allah, [ Fattabiouni ] maka ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian. Dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani". ~ Al-I'mran: 31.
Perkara pertama yang ditekankan oleh Nabi selepas mendapat wahyu ialah akidah. Akidah yang mengimani Allah sebagai Tuhan yang satu. (orang sibuk maulidur rasul ada jugak dok tayang citer pelesit kt tv). Masyarakat kita suka kepada perkara2 ajaib. gempar sekampung jika ada penemuan ikan tertulis kalimah Allah tapi ikan yang biasa macam mana? Takkan nak tunggu perkara ajaib sahaja baru nak meningkatkan keimanan/ ketakwaan. bottomline: umat Islam mesti sedia berubah menjadi lebih baik. perubahan mestilah berlandaskan ilmu...bukan sekadar ikut2an. *sila rujuk SINI. good stuff*
Alangkah baiknya jika kita mengamalkan sunnah2 Nabi dalam kehidupan seharian. Jangan sempitkan maulidur rasul pada ucapan & perarakan semata. Cabaran sebenar ialah mencontohi Rasulullah dalam pelbagai aspek kehidupan. Rancangan Law Kana Bainana & Fattabiouni banyak menceritakan tentang sunnah2 Nabi yang kita mungkin terlepas pandang. Sebelum makan kita basuh tangan sebab takut E.coli tapi sebenarnya Nabi dah ajar sunnah itu ratusan tahun lalu. Jadi bila membasuh tangan atau memakai pakaian berwarna hijau kita niat dalam hati kerana mengikut Rasulullah. Mudah2an mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
p/s: Sebelum kita berbuat/ berkata sesuatu....analisa dulu, andai Rasulullah ada di sini adakah baginda akan bersetuju dengan mu?
Nota kaki:
Nota kaki:
Rancangan Bicara (tv alhijrah)- padat dengan ilmu, pengacara Amin Idris pun cerdik. i adore that quality.
Law Kana Bainana- Ahmad Al-Sughairi selalu bertanya andai anda bertemu dengan Rasulullah apakah yang anda akan katakan pada baginda
#meh nak tanya: Ya Rasulullah, am I good enough? Pls let me know which part that i'm lacking which preventing me from getting ur syafaat.
Law Kana Bainana- Ahmad Al-Sughairi selalu bertanya andai anda bertemu dengan Rasulullah apakah yang anda akan katakan pada baginda
#meh nak tanya: Ya Rasulullah, am I good enough? Pls let me know which part that i'm lacking which preventing me from getting ur syafaat.
No comments:
Post a Comment